Saturday, 29 December 2012

Perindu Menanti

Merindu,
Rindu ini untuk Mu,
Rindu kerana ALLAH,
Teringat,
Ingatan ini untuk Mu,
Ingatan kerana ALLAH.

Walaupun jarak memisahkan,
Masa tidak menjarakkan kita untuk bersedia,
Bersedia memperbaiki diri,
Bersedia mempersiapkan diri,
Bersedia segala-galanya,
Untuk mengabdikan diri pada ALLAH.

Bertemu dan bersatu kerana ALLAH,
Hanya satu harapan,
Hanya satu doa,
Hanya satu impian,
Agar menjadi satu realiti.



Menempuh hidup bersama kerana ALLAH,
Menempuh onak duri bersama kerana ALLAH,
Bersama-sama, ketawa, menangis,
Semuanya kerana ALLAH.

Disini rasa sayang kerana,
Sana turut rasa sayang,
Disini rasa rindu kerana,
Sana turut rasa rindu,
Disini berdoa kerana,
Sana turut berdoa,
Disini menanti kerana,
Sana turut setia menanti.

Berdoalah agar kita akan dan terus bersama,
Mengapai redha dan barakah dari ALLAH,
Dunia dan akhirat…..selamanya….
Uhibuk fillah ^^v.. <3 <3 <3

*Aku akan terus menanti dan bersabar,, sehingga engkau kembali ~~

No comments:

Post a Comment