Tuesday, 7 January 2014

Puisi Sangka-sangka

Assalamualaikum,
Dah lame aku nak coretkan puisi ini dalam blog aku nie...
Puisi nie bukan la aku yang reka tapi Hafsah yang baca mase BBQ PSSCUTM ri tue...
Puisi yang sangat menarik...
Semoga dapat dijadikan tauladan untuk Aku dan semua....


Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik
Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

#PeringatanUntukDiriSendiri......

Thursday, 19 December 2013

~Kebanggaan Ibu~

Assalamualaikum....
Hari ini teringin aku nak kongsi kan madah yang di tulis oleh hamba Allah...yang aku sendiri tak kenal...
Madah nie dikongsi oleh Abang long melalui Whats app...Madah ini seperti dituju khas buat aku dan khususnya saudara islam semua.. aku copy ke dalam blog nie supaya bila aku bace semula blog aku nie, aku tak kan lupa akan tanggung jawab aku yang sebenarnya....
Pagi tadi aku bace dan aku tersentuh...
Apakah? dan aku mahu orang lain merasa ape yang aku rasa dan madahnye berbunyi..

[ Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 7A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangLong..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai pembaca madahku ini...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?

Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dunia yg aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

"Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....
Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...
Bahkan nak masuk tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....
betapa tiada harganya...

"Pujian" itu nilainya terlalu rendah rupanya..

Maka adalah tertipu sejuta tingkat bagiku yang siang malam mendekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu bapa kerana khidmat atas agama...

"Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah banggakan....

Maka aku menyeru diriku dan berkongsi, tak kiralah kita ni budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

Janganlah tertipu dengan merasa gembira akan pujian...
Dan janganlah tertipu dengan merasa marah dengan celaan...
Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...
Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

Aku menangis untuk diriku,
Kerana aku hidup ketika zaman itu,
Bukan kerna aku salahkan zaman,
Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

Memang aku tak mampu mengubah umat...
Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

Selamat Tinggal Dunia..]

- Sekadar perkongsian.. -


Semoga madah ini bermanfaat untuk aku dan yang bace blog aku nie...walaupon aku rase cam tak ade je orang bace...Adeh!

Friday, 29 November 2013

Jiwa Ku Terbang bersama Dirimu.


Hari ini kau terbang membawa diri,
Bukan kerna punya luka dihati ,
Lunaskan tuntutan Illahi,
Namun ianya bukan mudah untuk diri ini,
Membiarkan kau pergi,
Segera memujuk hati, 
Kau akan kembali,
Dan ku setia Menanti,
Menanti dengan penuh pasti,
Pulangnya dirimu ke sini.

Kau terbang membawa diri lagi,
Bersama jiwa ku ini,
Ku harap kau kan kembali,
Bersama janji yang pasti,
Jangan dibiar janji dulu di mungkiri,
Kan ku setia berdoa pada Illahi,
Kita akan bersama suatu hari nanti,
Rasa di hati tak mungkin ku nafi,
Biar berlalu bersama hari,
Terus bersemadi di dalam diri.

Buatmu yang jauh pergi,
Meninggalkanku sendiri,
Yakin diri punya Illahi,
Jiwa yang kosong pasti terisi,
Jagalah dirimu disana nanti,
Jangan biar melupakan diri,
Membawa islam dan iman dalam diri,
Sebagai bekalan diri,
Akan ku tunggu dikau kembali,
Membawa pulang jiwa yang kau bawa pergi.


Thursday, 31 October 2013

Pengajaran atau pembacaan

Assalamualaikum...
Selamat pagi,
Jam menunjukkan hampir ke angka 3 pagi.
Mate masih segar.
Kali nie aku nak share mase pertame usrah sem 1 pada tahun 4 nie.
Lama dah aku join usrah, dari tahun 1 lagi.
Sampai sekarang aku masih dalam proses membina individu muslim yg qowiy dalam diri.
InsyaAllah...

Ape yang aku dapat mase usrah kali nie sangat berbeza kerna naqibah yg sangat unexpected.
Macam biase mule2 sesi ta'aruf sebab sem nie kene tukar naqibah lagi.
Naqibah sem lepas dah berkahwin dan berpindah mengikut suami beliau.

Ok.

Naqibah yang baru nie aku tak nak komen pepanjang sebab masih dalam proses perkenalan jugak.
Tapi ape yang aku tahu naqibah aku nie sudah berkahwin dan punya seorang puteri yang sangat....sangat...comel..

Sambung.

Selesai ta'aruf dengan usrahmate, macam biase lantik SU dan bendahari. Dan kami tadarus bersame-same Surah al-baqarah ayat 1-18.

Membace ayat-ayat Allah dengan makna nya membuat hatiku tersentuh dan teringat akan peringatan Allah untuk hamba-hambanye terase ianya tuju khas untuk aku. Sedang aku berfikir tentang ayat-ayat Allah, kak naqibah bertanye pengajaran yang kami dapat dalam ayat tersebut. Macam usrah-usrah sebelum nie. kami membelek semula dan membace semula ayat-ayat yang kami rase boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Ternyata selama nie kami silap, itu bukan la carenye kami mengambil pengajaran dalam ayat-ayat al-quran, itu hanya pembacaan dari tafsir yg kami anggap ianya pengajaran yang kami dapat. kak naqibah ku berpesan supaye lepas nie kami memberi pengajaran tanpa melihat semula tafsir kerna dari situ la kite dapat mengingati dan merasekan ayat Allah ini betul-betul memberi pengajaran dan dapat di amalkan dalam kehidupan. Ini saje yang dapat aku kongsikan kali ini.

Mungkin kali ini entri aku kurang menarik dan harap lepas nie aku dapat memperbaikidan menarik hati-hati yang membace berade di jalan Allah.. InsyaAllah

#Doakan yang terbaik untuk diri aku dan semua.

Wednesday, 9 October 2013

Aku kembali....

Assalamualaikum...
Apa kaba anda hari ini...???
Dah lama tak membebel + menconteng kat sini...
Maklum la, bile mase tak dapat dibahagi dengan betul, akan banyak perkare yg akan keciciran...
Ok, pejam celik-pejam celik aku dah tahun akhir kat U nie ha...
Cam tak caye plak...

Ok kembali alam realiti...
Insha Allah, lepas nie aku ingat nak kembali menconteng kat sini...
Semoga ade yang dapat manfaat daripada nye...

Dah lama tak menconteng rase cam banyak je nak citer-citer...
Aku mulakan dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku...
Tahun nie saje aku dapat Akak ipaq sorang,abang ipaq sorang...
Kelas ko jah...
Bertambah suda famili aku...hihihi suke...suke..suke...
Semoga kehadiran mereka dapat melengkapi hidup angah n ude juga famili kami...
Sayang uoollllss...

Then, di tahun akhir di U nie..
Banyak la koje den nak kene setelkan ...
Antaranye PSM (projek sarjana muda), urusan persatuan dan juga latihan industri yang masih belum dapat jawapan dari kampeni2 yg dah pon aku buat permohonan...
Masih sabar menuggu...

Ckup dulu sampai sini citer aku tuk hari nie...
Dan yang pasti aku dah kembali dengan semangat baru... hehehe
Aku nie tiap-teap hari semangat baru... InshaAllah semoga di berkati dan menjadi hamba yang hakiki...

#Harini nak balik rumah sambut raye haji...cuti seminggu..hihihi daaaaaa *lelambai tangan*

Thursday, 16 May 2013

- Dreams Come True ~Gwiyomi~ 321 Action -

Assalamualaikum...
Apa kabar iman hari ini...
Alhamdulillah sekarang kite dah dalam bulan rejab..
Insyallah akan menempuh bualan Ramadhan yang penuh barakah...
Persiapkan diri anda.. dan diri saya juga... *Peace ^^V


Ok, Post kali nak tunjuk ini...
Ha, untuk adik2 dan kawan2 yang ingin sambung belajar, tapi tak tau lagi nak pilih bidang ape...
Mungkin tengok video nie..anda ade sikit ideaa.... erm, ok it's All for today *ceh
Selamat hari Guru to All teachers yang pernah ajar saya dan...All teachers in the world... HAPPY TEACHER's DAY... Luv uols...

# Tengah Pulun siapkan PSM Proposal... doakan yang terbaik untuk saya dan rakan2 seperjuangan... ^^V

Thursday, 14 March 2013

Domino's Pizza

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...
sempat gak aku menconteng sementara carik maklumat kat library nie...
hehehe
cerita dah lame...
hari tue aku dan kawan-kawan ada buat order..
Domino's pizza tue..hehehe
erm...mampu tunjuk gamba je..hehehe
Sila jeles sape belum cuba..hehehe

Chicken Lasagna


Cinna stick


Aloha chicken..tinggal slice je..



Classified chicken n Aloha chicken...
eh ade ice lemon tea juga...
hehehe..

#Tengah buat persedian presentation minggu depan... dream destination...serius no idea... huhuhu T_T
Semoga Allah Beri Kemudahan Untuk ku..